Friday, October 12, 2012

Entri Bahasa Melayu yeah!




Hai. Post ini mungkin akan menjadi post yg pendek atau mungkin juga akan menjadi panjang. Itu kita akan tahu setelah aku habis menaip. Tunggu. Hari ini azam aku untuk menaip post ini sepenuhnya menggunakan bahasa ibunda. Kecuali ayat di atas sekali tak dikira, sebab bukan aku yang taip. Bukan nak kata aku ni Melayu urban pandai cakap Inggeris, bukan. Tapi aku rasa lagi senang nak luahkan apa aku fikir guna bahasa penjajah. Dan aku takut bila aku guna bahasa Melayu ia akan berbunyi pelik dan skema, yelah, macam sekarang ni. K. Takpe. Aku boleh.

Bergerak terus ke tujuan utama pertama, iaitu untuk memuat naik gambar semasa Malam Pra Graduan itu hari. Aku nak muat naik gambar yang aku suka sahaja. Jadi, kalau ada gambar yang kau orang tak suka, mohon jangan maki aku di bahagian komen. Hehehehehe.


Terasa comel bila buat pis atas kepala kawan. Tak gitu? Ah aku sayang perempuan perempuan ni tulus ikhlas dari hati. 






Antara bekas-bekas pelajar Diploma Pemulihan Cara Kerja Batch 14 UiTM Puncak Alam. Semoga hubungan kita semua tidak terputus inshaAllah. Sila tunggu lagi 5-6 tahun kita buat reunion yeah! Kalau agak-agak ada yang dah nak kahwin tu, sila jemput. Terima kasih.

Sabtu lepas atau pun sebelum nya lagi, niat untuk ke Senawang je sebenarnya, tapi kalau dah namanya menjejak kaki ke Negeri Sembilan, tak sah hidup aku kalau tak pergi PD ye tak? Datang secara pakej, kalau jumpa Rara, harus jumpa Pjowt sekali. Hihi.


Perempuan yang di tengah, sila lah sayang perempuan di kiri dan kanan kau dengan lebih melimpah ruah ye? Hik hik. 


LOVE. Malam tu tengok cerita hantu Indon. Aku gagahkan diri walaupun penat, untuk teruskan tengok cerita tu dengan korang sebab, sungguh aku nak rasa balik suasana tengok cerita-cerita macam ni dengan kawan. Rutin biasa kalau kita duduk rumah sewa. Kan? :') Tapi cerita Suntet Kuntilanak tu memang tak aku syorkan untuk korang tengok. Pui takde motip punya cerita.

Ah masa-masa macam sekarang ni buat aku rindu kat kau orang SEMUA sangat-sangat. Aku serabut. Aku sedih. Aku perlukan korang untuk buat aku jadi ceria. Argh kenapa bila aku taip dalam Melayu bunyi dia macam geli-geli sangat ni? Haha. Tapi benar, aku rasa jatuh sekarang ni. Penat tahu berlagak kuat setiap masa. Penat penat. Aku perlukan motivasi.

Hm. Mungkin aku patut berhenti menaip sekarang. Tak teratur rasanya apa aku nak cuba sampaikan kat korang. Tapi takpelah. Korang faham kan? Haha. Kepada Zanirah, semoga selamat pulang, kepada Rara, semoga selamat perjalanan ke Bandung ye? Kepada Mira, selamat mencuba nasib. Aku doakan rezeki kau melimpah2. Kepada Aishah, selamat bekerja. Kerja elok2, gaji lebih boleh belanja McD. Hihi. Kepada Pjowt, kerja rajin-rajin. Jadi cikgu yang berdedikasi, jangan garang sangat kat budak tadika tu. Haha. Jadi, jumpa masa graduasi nanti ye rakan-rakan? Sayang semua. Muah.